Pages

Thursday, May 10, 2012

Semoga Adik Tabah...

Kita dikejutkan dengan penyebaran video penderaan seorang bayi perempuan oleh ibu kandungnya sendiri. Kesian dan sayu melihat si kecil cuba menagih simpati si ibu.. akan tetapi habuan lain yang diterimanya.. bukan setakat pukulan, dia.disepak dibaling handphone, dicubit dan ditolak... Saya tidak sanggup untuk menonton video kekejaman itu sehingga habis... air mata menitik ketika melihat si kecil cuba untuk naik ke ribaan ibunya, cuba untuk menagih kasih si ibu.. tapi kemana hilangnya rasa kasih seorang ibu terhadap si kecil itu?? kemana hilangnya sifat kemanusiaannya? sehingga tergamak menghukum si kecil yang tidak berdosa sebegitu rupa? Apa yang mampu kita lakukan? apa sumbangan kita yang menonton? cukupkah sekadar cacian dan makian kepada si ibu dan perakam? adakah itu mampu membantu?

Doakanlah kebahagiaan buatnya, semoga adik tabah mengharugi hari yang mendatang,

semoga ibunya insaf dengan kekhilafannya... semoga dia menjadi ibu yang baik dan penyayang pada masa akan datang... Semoga kita terhindar dari sifat sifat Mazmumah.....

Aaammiiinnnn...


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Unknown said...

Bila setan dah kuasai diri macam nilah jadinya :( sebab tulah bila kita marah kena istighfar banyak-banyak. Semoga bayi tu terselamat. Dan maknya dapat balasan setimpal atas perbuatan 'jahat' dia tu. Haishhh

Ct Cytot said...

maknya dah terima hukuman,
penjara 18 bulan rasanya, harap2 dia berubah dan semoga baby sihat dan bahagia :-)