Pages

Friday, December 31, 2021

Lapan langkah mudah kenali jenis kulit muka anda DI RUMAH



1. Bersihkan semua makeup.

 pakai makeup remover yang oil-free ataupun bebas minyak terlebih dahulu. Sebabnya, oil-free makeup remover ni lebih mesra kulit dan tak kasar dekat kulit.
Orang yang ada kulit sensitif dan berjerawat suka makeup remover jenis ni sebab dia lembut.

2. Basuh muka anda.

 Basahkan dengan air suam, picit sikit sahaja cleanser (besar syiling 50 sen baru tu) dan ratakan bermula dengan t-zone terlebih dahulu dan kemudian ke keseluruhan muka.
Lepas dah ratakan semua bilas dengan air bersuhu biasa. Dan bila kita nak keringkan pat ataupun tepuk perlahan dengan tuala yang kering dan bersih. Jangan lap kulit muka kasar-kasar tau, sebab kulit muka kita tak selasak kulit tapak kaki.

3. Tunggu selama sejam.

Jangan letak apa-apa kat muka anda. Tak kiralah moisturizer ke, ubat jerawat ke, jangan dulu. Biarkan muka anda berehat tanpa apa-apa produk selama satu jam.
Dalam tempoh sejam tu seeloknya jangan sentuh muka sangat.

4. Tekup sebahagian muka anda dengan tisu muka.

Ingat, tisu muka tau, bukannya tisu lapik dekat dapur tu. Seeloknya, untuk bahagian ni, gunakan 1-ply tisu muka sahaja. Senang kita perhatikan minyak kulit muka(klau ada). 
Dengan 1-ply tisu muka, tepukkan perlahan kepada bahagian t-zone.

5. Rasa kulit muka anda.

Kalau anda rasa sedikit ketat di muka, kemungkinan anda mempunyai kulit jenis kering.
Kalau anda mempunyai kulit yang berminyak anda akan rasa kulit anda bersih dan selesa.
Untuk kulit kombinasi, anda mungkin rasa selesa di t-zone tapi rasa ketat di bahagian muka yang lain.
Bagi mereka yang merasakan kulit muka mereka ketat, gatal dan kepedihan anda mempunyai kulit muka yang sensitif.
…ataupun mungkin cleanser yang anda pakai mempunyai bahan yang berbahay‼️

6. Lihat muka anda di depan cermin

Kalau anda  nampak kulit anda bersinar maknanya anda mempunyai kulit yang berminyak.
Kalau anda nampak ada kawasan kulit muka yang kemerah-merahan dan kering, maknanya anda mempunyai kulit kering ataupun sensitif.
Kalau ada dua-dua macam mana ? Maknanya anda ada kulit jenis kombinasi la tu.

7. Perhatikan saiz liang pori.

Kalau anda mempunyai kulit yang normal, liang pori anda akan kelihatan. Ingat itu normal.
Ambik jarak dua langka ke belakang daripada cermin, kalau anda masih boleh nampak liang pori anda, bermakna anda mempunyai kulit berminyak.
Kalau tidak, tak perasan langsung, anda mempunyai kulit jenis kering.
Kalau ada bahagian yang nampak, ada yang tak ada, kulit jenis kombinasi.

8. Cubit sikit pipi anda.

Bila kita cubit kulit muka kita, bahagian kulit muka yang senang berkedut adalah bahagian kulit muka yang kering atau sensitif.
Kalau rasa anjal dan kembali tegang bermakna jenis kulit tu berminyak.
Untuk bahagian ni, faktor umur juga mempengaruhi keanjalan kulit anda, kalau anda berumur 40 tahun ke atas, cara ni tak boleh nak pakai sangat untuk menentukan jenis kulit anda.

OK dgn tips ini anda hnya boleh lakukan di rumah jea, so sblm beli produk pasti kan korang kenali jenis & masalah kulit korang trlebih dahulu

Credit :getjelita.com