Pages

Showing posts with label #ibucooks #savedrecipe. Show all posts
Showing posts with label #ibucooks #savedrecipe. Show all posts

Sunday, May 3, 2020

Kuih Lapis Tradisional

Bahan-Bahan 

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula (sukatan kurang manis, boleh tambah ikot selera masing2)
1 sdk garam
1 cawan santan pekat( saya guna santan kotak)
1/2 cawan susu cair
3 cawan air..
Pewarna hijau..
Pewarna kuning..
Pewarna merah..

Cara cara.
* Mula-mula, panaskan periuk pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Sementara tu.. Sapukan sedikit minyak pada loyang..

1.Masukkan santan, susu cair, air, gula dan garam.

Kacau perlahan-lahan sampai dah larut.
2. Kemudian ambil 3 jenis tepung tadi, masukkan semua dalam adunan tadi dan kacau lagi, kemudian tapis ke dalam bekas yg lain.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna.
* untuk kukus pula..1.Letakkan loyang ke dalam pengukus. 2.Masukkan acuan tadi..
3.Selang selikan warna tersebut..
kukus selama 5 minit bg setiap lapisan.. dengan api kuat..
4. Ulang proses lapisan sehingga habis..
*untuk lapisan terakhir, lebihkan masa sedikit.
kukus sekejap selama 15 minit.
*setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
*Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.
potong kuih lapis dgn menggunakan pisau plastik.
**pastikan penutup periuk pengukus dialas dengan kain.
*credit resepi : MAHN

Puding Roti Karamel

Bahan Bahan : 

3 Sudu Gula Pasir
8 Keping Roti
1/2 tin susu pekat manis 
1 tin susu UHT ( +- 1 cawan )
Majerin ( sapu pada roti )
5 biji telur 
1 Sudu kecil Vanilla
Nenas dalam tin ( potong dadu )
Kismis dan Ceri 

Cara Penyediaan 

1- Masukkan gula dalam loyang dan masak atas dapur sehingga cair dan keperangan, biarkan sejuk 
2- Masukkan semua bahan kecuali Nenas, kismis dan ceri. Kacau sebati
3 - Susun roti dalam loyang berisi gula hangus tadi dan tuangkan adunan kedalam loyang.
4 - Taburkan nenas, kismis dan ceri dan biarkan seketika supaya roti serap adunan tadi
5 - Kukus selama 45 minit 
6 - Sejukkan puding dan sedia dihidang bersama sos kastard 

Kuih Tepung Pelita

Bahan Bahagian Bawah 
- 1 Cawan Tepung Beras
- 1 Cawan Gula
- 4 Cawan Air 
- Pewarna Hijau
- Perasa Pandan

Cara : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau sebati, 
kemudian masak sehingga pekat dan masukkan dalam bekas 

Bahan Lapisan Atas
- 1 Cawan Santan
- 3 Cawan Air
- 1 Sudu teh Garam
- 3 Sudu Besar Tepung Beras 

Cara : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau sebati, 
kemudian masak sehingga pekat dan masukkan dalam bekas yang dah diisi bahagian bawah 






Monday, June 10, 2019

Kek Sarang Semut Kukus

Resepi




Bahan gula hangus..
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas(betul2 panas)
3 sudu penuh butter
Hanguskan gula guna api sederhana perlahan..
bila dah cair dan perang,masukkan air panas
(hati bila letak air panas,sbb dia akn meletup2).. bila gula dah larut.. tutup api dan masukkan butter.. biarkan sejuk.. pastikan betul2 sejuk yer..



7 bijik telur gred A
2 cawan tepung gandum (ayak)
2 sdt soda bikarbonat ( ayak)
1 sdt baking powder (ayak)
1/2 cawan susu pekat manis
2 sdt esen vanilla



Cara²-
-Pukul telur sampai kembang
-masukkan esen vanilla dan pukul lg(boleh masukkan skali dengan telur)
-masukkan susu pekat kacau hingga sebati
-masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis dan kacau smpai sebati
-last skali masukkan air gula yg dah disejukkan,kacau higga sebati
-Gris loyang. lapik baking paper. tapis adunan ke dlm loyang..
Kukus selama 1 jam @ hingga masak..





Get your own photobook
here


   

Tuesday, September 26, 2017

Resepi Donut Gebu


Assalamualaikum. 

Resepi Donut Gebu ni sis ambik dari FB je, cuti 4 hari x buat pape kat umah kan, so sis cuba la merajinkan diri buat donut. 
bahannya simple je : 

500g Gandum
1/2 pek Yis Mauripan
1 sudu besar Gula
2 sudu besar Susu Cair
2 susu besar Majerin
1 sudu kecil Garam
1 cawan Air Suam


Step 1
Larutkan gula dalam 1/2 cawan air suam, masukkan yis dan biarkan dalam 20 minit

Hasil selepas 20 minit
Step 2
Gaulkan majerin, tepung bagi sekata. 


Step 3
Campurkan garam, campuran yis tadi, susu cair   kedalam adunan tepung tadi dan uli sampai jadi doh. 

biarkan doh mengembang dalam 20 minit, tutupkan dengan tuala basah,
lepas 20 minit doh akan jadi 2 kali ganda dari size asalnya
Step 4
Sebelum canai dan tekapkan doh, tumbuk skit, bagi udara keluar, baru la tekapkan doh dengan acuan donut. Biarkan doh mengembang dlam 10-20 minit baru goreng dalam minyak yang betul betul panas 

Acuan sis tak tau dah kebulan atau ke bintang, dan princess pon da start drama sinetron...
so sis buat donut gaya bebas je la.

Untuk adik yang drama quuen ibu letak topping nutella, dan untuk kakak dia request topping kaya.
Senang keja ibu tak payah nak tabur gula. 
Alkisahnya ibu  terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrtuang 1 pack of yeast dalam air.. so terpaksa la buat utk 2 sukatan,
maka terhasil lah juga donut frozen stock seminggu untuk princesses breakfast & minum petang 

great deals here