Pages

Saturday, March 26, 2011

NYSS against TTPM

From:
Sharifah Aini binti Abdullah 
Add
To:siti esah 

Puan,
Dicadangkan supaya memfailkan tuntutan di Cawangan TTPM yang berdekatan.
Sekian, terima kasih.


Sharifah Aini binti Abdullah
Ketua Seksyen
Tribunal Tuntutan Pengguna
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan
Selangor

From: siti esah [mailto:ct_syafieza@yahoo.com.sg]
To: ainisha@kpdnkk.gov.my
Sent: Wed, 23 Mar 2011 14:22:20 +0800
Subject: Inquiry - TTPM

Salam Cik Sharifah,
Saya ingin meminta pendapat mengenai masalah saya dengan New York Skin solution, 
Sebelum ini saya ada terbaca mengenai pelanggan NYSS yang berjaya membuat tuntutan melalui TTPM
Saya pernah mengunjungi NYSS bertempat di IOI mall pada Nov 2008, setelah menerima kupon diskaun daripada seorang jurujualnya.. Selepas Rawatan secara percuma selesai saya dibawa ke bilik perbincangan, Pihak NYSS mengesyorkan saya supaya mengambil pakej rawatan berharga RM 8000 berikutan kulit saya mengalami masalah jerawat dan parut..  Pihak NYSS meminta saya menbuat bayaran RM8000, tetapi saya menolak dan bersetuju untuk membayar melalui kad kredit secara ansuran.. Tetapi tanpa pengetahuan saya mereka telah membuat pembayaran sebanyak RM1000 dari kad kredit saya.. Dan saya hanya menyedarinya selepas dihubungi pihak bank
Saya pergi ke NYSS pada hari yang sama, tetapi waktu operasinya telah berakhir.
Saya pergi ke NYSS pada keesokan harinya untuk meminta penjelasan dari pihak mereka... Dan mereka menawarkan produk percuma sebagai tanda memohon maaf.
Selepas rawatan kedua, kulit saya menjadi semakin sensitif dan semakin teruk berbanding sebelum menjalani rawatan
Saya merujuk kepada pakar kecantikan NYSS dan mereka meminta saya meneruskan rawatan kerana rawatan seterusnya dapat membantu memulihkan wajah saya.. Tetapi saya menolak kerana risau keadaan akan bertambah teruk.. Saya tidak lagi meneruskan rawatan di NYSS tetapi menggunakan produk yang dibeli dengan harga RM 10 di kedai jamu dan jerawat saya semakin berkurang....

Saya kembali ke NYSS pada Dec 2010 untuk membuat tuntutan memandangkan bayaran saya yang masih berbaki RM600 .
Tetapi pengurus memaklumkan tiada pembayaran balik dari pihaknya... Saya perlu meneruskan rawatan yang telah saya bayar... serta memberikan saya tiga pilihan :

1-Meneruskan rawatan menggunakan produk yang lebih sesuai
2-Memberikan rawatan kepada saudara atau sahabat
3-Membeli produk kolagen NYSS

Saya tidak berminat terhadap mana mana cadangan mereka kerana saya telah mengalami masalah kulit setelah menggunakan produk mereka
Dan mereka memberi pelbagai alasan kepada saya, Akhirnya saya mencadangkan rawatan menggunakan produk yang sedang saya gunakan
tetapi mereka meminta saya membeli sendiri produk dan kos ditanggung sepenuhnya oleh saya...
Sedangkan saya telah membuat pembayaran pendahuluan kepada NYSS..

Saya ingin meminta pendapat cik Sharifah berkenaan perkara di atas

Sekian
Siti Esah Abdullah 
0196668645

This is my mail to TTPM, hahaha... lame gile x mengarang bahasa indah ni... amek mase setengah hari nak siapkan email ni.. Rase macam testi jamu mak dara la plak.. 
Tahniah la cik esah.. siap gak emailnye..
She advise me to log case to TTPM..
Wish me luck... RM600 tu mcam sikit je {bagi yg banyak duit la} tp banyak bagi saya..
dan kesan kesan parut ni.. sob sob.. ada orang ble btau tak bape hargenye???
Demmmm!

5 comments:

~Oh Ha Ni~ said...

hahahhaaaa...kamu mmg suka mencarut....dengan bhs sopan.... hee hee...

RoseHana said...

betol betol betol..ehe

Ct Cytot said...

Cik Ani : cemana mencarot bahasa sopan tu?
hana : ape yang btol

nieja said...

pahtu x leh lagi ko?
lamonyo nok bleh ko amek
duit kito sdiri benar tu..
iskk berap gni

Ct Cytot said...

xleh lg ja...
mcam2 alasan la...
nak gi ke TTPM nnt..