Assalamualaikum.
Resepi Donut Gebu ni sis ambik dari FB je, cuti 4 hari x buat pape kat umah kan, so sis cuba la merajinkan diri buat donut.
bahannya simple je :
500g Gandum
1/2 pek Yis Mauripan
1 sudu besar Gula
2 sudu besar Susu Cair
2 susu besar Majerin
1 sudu kecil Garam
1 cawan Air Suam
1/2 pek Yis Mauripan
1 sudu besar Gula
2 sudu besar Susu Cair
2 susu besar Majerin
1 sudu kecil Garam
1 cawan Air Suam
Step 1
Larutkan gula dalam 1/2 cawan air suam, masukkan yis dan biarkan dalam 20 minit
Hasil selepas 20 minit |
Step 2
Gaulkan majerin, tepung bagi sekata.
Step 3
Campurkan garam, campuran yis tadi, susu cair kedalam adunan tepung tadi dan uli sampai jadi doh.
biarkan doh mengembang dalam 20 minit, tutupkan dengan tuala basah, lepas 20 minit doh akan jadi 2 kali ganda dari size asalnya |
Step 4
Sebelum canai dan tekapkan doh, tumbuk skit, bagi udara keluar, baru la tekapkan doh dengan acuan donut. Biarkan doh mengembang dlam 10-20 minit baru goreng dalam minyak yang betul betul panas
Acuan sis tak tau dah kebulan atau ke bintang, dan princess pon da start drama sinetron... so sis buat donut gaya bebas je la. |
Untuk adik yang drama quuen ibu letak topping nutella, dan untuk kakak dia request topping kaya. Senang keja ibu tak payah nak tabur gula. |
Alkisahnya ibu terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrtuang 1 pack of yeast dalam air.. so terpaksa la buat utk 2 sukatan, maka terhasil lah juga donut frozen stock seminggu untuk princesses breakfast & minum petang |
great deals here