Salam buat semua, hari ni check up kat KK sect 19, alhamdulillah baby is healthy and in good position. Kononnya nak tengok jantina baby la hari ni, so terjah je Klinik Keluarga Islam Noor Hajar kat sec 18, skali doc not available, so ble ultrasound je hari ni. Baby plak malu malu xmo tunjuk tettttttt die.. huhu.. so resultnye ___________.. Alahai anak ibu.. nak buat suprise plak die.
Memandangkan baby xmo disclose jantina, terpaksa la ibu buat homework sket..
TANDA HAMIL BAYI LELAKI
• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
• perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
• suka mengiring ke kanan
semasa tidur
• bukan hanya anda, tetapi
suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala
• tidak suka bersolek
• garisan Perut tegak dan
terang dari bawah ke atas
• buku lali licin dan bersih
TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN
• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
• Garisan perut putus putus dari bawah ke atas
• Buku lali kehijauan