Salam... Dah lame x berblogging ni rasa malas plak nak update blog, tambah lagi dengan life baru as a wife. Phewww!!!!
Banyak perkara baru yang belum pernah kita alami masa single, tapi bila dah kahwin ni kita jumpa. Dari tinggal rumah bujang pindah ke rumah keluarga, kalo sebelum ni nak buat apa apa atau nak kemana kita yang putuskan, tp sekarang semuanya perlu mendapat keizinan mr hubby dulu. Huhu... And the best part is, status isteri sekali lagi bakal bertukar, eh!! bukan.. upgrade status. naik pangkat jadi ibu.. hehe
Alhamdulillah.. berita gembira buat kami.. Selepas balik dari pre honeymoon kat langkawi, rasa penat sangat sangat. Balik keje pukul 8 tu da ngantuk dan penat. Hairan jugak sebab saya bukan jenis yang manja. tough okeh. tp da 2 minggu rest, hujung minggu pon tido tido tido, still rasa penat tu tak hilang. Memandangkan period da delay sket, ape salahnya mencuba kan.. and the result suprised me.
Alhamdulillah.. rezeki kami untuk jadi parents lebih cepat dari yang dijangka... Semoga baby membesar dengan sihat ye sayang..
Dan tak dilupakan buat BFF Rahayu Samsuddin yang melangsungkan majlis pernikahan pada 16 Feb 2013, Congratss darling, going to be a mommy soon.. Berita gembira buat beliau dan hubby few weeks after me. mmuahhh mmuuahh!!